DAPAT HADIAH SAMSUNG GALAXY A20 SEMPENA HARIJADI YANG KE 39 | Tak sangka dah tua-tua pun masih dapat hadiah smartphone. Ingatkan bila dah tua ni dapat hadiah telekung dan Quran je. Hahah. Tu la..kan. Suami paham je isteri nya ni usia je yang bertambah. Tapi jiwa masih muda tau. Masih comel2 gitu.
So ini lah dia SamsuNg Galaxy A20 . Yang saya berkenan sangat tu. Sampai kan dah keluar A30 dan A50 pun saya masih berkenan yang A20 punya. Nampak tak betapa setia nya saya ni?
Memang kejutan betul sebab tak sangka pun dia nak bagi smartphone. Sebelum ni saya guna Oppo Neo7. Phone tu selalu hang sampaikan saya tak berani nak install banyak app terutamanya instagram dan mesengger.
Dah banyak kali bila nak buat panggilan penting , skrin jadi gelap dan kena tunggu sampai 2-3 minit baru lah berjaya buat panggilan. Bayangkan kalau ada kecemasan. Memang nangis la. Hari-hari merungut kat suami yang phone Oppo tu buat masalah.
Tapi tak pernah sekali pun saya bersuara yang saya nak phone baru. Sebab Oppo tu pun hadiah dari dia juga sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 11 pada 4 tahun lalu. jadi sayang lah juga phone tu walaupun hang je kerjanya.
Dan sekarang Samsung A20 dah ada dalam tangan. Alhamdulillah . Semoga suami saya sentiasa dimurahkan rezeki dan di berkati pekerjaan nya.
Mula-mula saya ikut je dia pergi kedai Phone tu. Katanya nak beli smartphone baru sebab dia berkenan sangat dengan Samsung Galaxy A50. Tengah dia belek2 phone Galaxy A50 tu, kita duduk je kat tepi sambil buat muka comel.Hahah..
Dia dah siap pilih phone dia, sekali dia cakap.. "Sayang nak yang mana satu." saya ingatkan dia main-main je. Saya pun main2 jugak la tunjuk Samsung GalaxyA20. Dia suruh cina tu keluarkan phone tu sebab dia nak tengok.
Dia tanya lagi.."betul nak yang nak?" saya pun laju je la angguk . Rasa nak melompat je dalam kedai tu.
Review sikit Samsung Galaxy A20 ni. Dia punya detail dia korang boleh tengok la kat belakang kotak ni.
Bagi saya Samsung Galaxy A20 ni memang cantik. full skrin dan dia ada 3 kaler . Biru , putih dan merah kalau tak salah . Saya ambik yang biru . Sama dengan suami. Acah2 sejiwa la konon. Hahah.. Sebelum ni dah pakai phone kaler putih. Leceh la.senang kotor. Hahah.
32GB memory dan 3GB Ram. Ni pun dah cukup besar bagi saya yang tak suka simpan video dan gambar banyak2 dalam phone. Hahah.
gambar ni guna kamera samsung galaxy a20. camera tak de setting apa pun. |
Kamera 4x zoom. Memang cantik paparan dia. sangat best untuk tonton filem atau video. Main game PUBG pun best weh!! mana tak nya..6.4 inci tau. Walaupun bukan FullHd tapi skrin nya super amoled iaitu skrin phone yang kelas tinggi2 tu la.
Boleh guna fingerprint kat bahagian belakang. Depan tak de ye. Ada juga fungsi yang imbas wajah tu kita panggil apa entah.Hahaha.
Kamera belakang ada 2. Ambik gambar cantik2 dah sekarang ni.Selfie pun nampak tulus je muka. Hahah.. Sebelum ni guna OPPo nampak macam Dato Vida. Kahkahkah.
Bateri pun tahan lama. Biasa la, phone baru memang tangan ni tak reti nak lepas. Tapi boleh tahan 8 jam tau baterinya. Kalau pandai jimat bateri boleh bertahan sampai 12 jam. Bateri memang tahan lama. Saya suka sangat.
Banyak yang bestnya dengan Samsung Galaxy A20 ni kecuali sound dia. Bunyi tak kuat. Kena buka sampai habis baru dengar jelas bunyi nya. Walaupun tu bukan masalah besar bagi saya tapi bagi yang kunci alarm guna phone mungkin benda ni akan buat korang geram jugak la.
Jangan terbabas tak dengar bunyi alarm dah la.
Nak cocok USB pun tak boleh juga nih. Sebab port dia besar sikit. Sebelum ni download filem guna phone je.Lepas tu pindah kan ke USB. Nampaknya lepas ni kena beli USB lain la .. Kena guna USB type C
Harga Samsung Galaxy A20 : Rm699.
Oleh sebab suami beli Samsung Galaxy A50 saya sempat la membandingkan kedua-dua smartphone ni. Tak de beza sangat pun.Hahah. Cumanya Samsung Galaxy A50 Ram dan Memory nya lebih besar. 128GB memory dengan 6 GB Ram. Fingerprit kat depan dan ada 3 camera. Sound Samsung galaxy A50 pun slow jugak.Tak kuat. Harga samsung galaxy A50 : Rm1199
0 Ulasan